KUALA LUMPUR: Inter-school Competition Hari Perakaunan Antarabangsa Taylor’s 2023 menutup tirainya pada Sabtu lalu di Kampus Lakeside Taylor’s, menyaksikan Pasukan GG Bond dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Batu Pahat, Johor dinobat sebagai juara.

Mereka meraih kejuaraan itu atas keunggulan kreativiti serta pengetahuan perakaunan mereka dalam menyelesaikan kajian kes sekitar industri pelancongan Malaysia di pentas Grand Final.

Ketua Pasukan GG Bond SMK Tinggi Batu Pahat, Tan Sze Yung teruja menjulang kejuaraan kedua berturut-turut untuk sekolah tersebut, menyifatkan ia satu pengalaman berharga sebagai bekalan masa depan.

“Pertandingan ini memberi saya peluang untuk mengasah kemahiran saya berfikir secara kritis serta membentangkan dapatan kami menerusi kajian-kajian kes.

“Kemahiran ini akan mendorong saya ke hadapan apabila berdepan dengan cabaran-cabaran perniagaan pada masa akan datang,” katanya.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Pusat Pengajian Profesional dan Pusat Pengajian Perniagaan Taylor’s sebagai platform inklusif dan pemerkasaan buat pelajar untuk mempamerkan kecekapan mereka dalam perakaunan, kemahiran pemikiran kritis, serta kerjasama berpasukan dalam mengendalikan senario perniagaan dunia sebenar.

Cabaran yang dilalui para peserta memupuk persekitaran persaingan sihat serta menggalakkan pembelajaran berterusan, kolaborasi dan pertumbuhan profesional dalam kalangan bakal-bakal akauntan.

“Dengan cerapan daripada Insititut Akauntan Malaysia (MIA) yang memiliki 38,500 akauntan berdaftar yang berkhidmat untuk rakyat Malaysia setakat Jun 2023, wujud keperluan untuk lebih ramai profesional perakaunan di negara ini bagi mencapai sasaran 60,000 profesional perakaunan menjelang 2030 yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Ini sebabnya Taylor’s menyokong matlamat tersebut dengan menganjurkan pertandingan ini dan menawarkan biasiswa buat pelajar untuk memupuk serta membangunkan profesional perakaunan masa depan yang amat penting untuk negara,” kata Ketua Pusat Pengajian Profesional Kolej Taylor’s, Jason Lo. 

Para finalis dan semi-finalis Inter-School Competition Hari Perakaunan Antarabangsa Taylor’s 2023.

Sebanyak 162 pasukan dari 46 sekolah seluruh Malaysia, merangkumi SMK, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJK (C)), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sekolah antarabangsa, sekolah swasta dan Sekolah Persendirian Cina, menyertai pertandingan ini.

Bermula dengan pusingan awal pada 12 hingga 14 Ogos 2023, kesemua peserta menjawab 50 soalan aneka pilihan secara dalam talian dalam tempoh satu jam, di mana 20 pasukan teratas dengan markah purata tertinggi akan melangkah ke peringkat separuh akhir.

Para pasukan di peringkat separuh akhir kemudian menerima kajian kes lebih awal, di mana mereka perlu menyediakan penyelesaian dan membentangkannya pada hari Semi Final dan Grand Final, yang menyaksikan lima pasukan finalis berentap merebut gelaran Juara dan wang tunai RM5,000.

Ini merupakan tahun kedua penganjuran Inter-school Competition Hari Perakaunan Antarabangsa Taylor’s.

Untuk maklumat lanjut tentang Taylor’s, sila layari https://tinyurl.com/bdcsrjwd